Assalamualaikum semua pelanggan setia Sue Beauty Saloon..
Alhamdulillah masih diberi peluang utk melangkah ke bulan penuh rahmat, keberkatan dan keampunan ni.Pesan saya, sesibuk mana pun kita dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab seharian, jgn sampai kita ketinggalan dlm menjadi tetamu Ramadhan.
InsyaAllah semua pengunjung SBS adalah dari kalangan wanita wanita pilihan Allah,, bakal dimuliakan dgn rahmat NYA, Allahumma Aamiin.
Ada beberapa perkara saya nak share kat sini.
WAKTU PERNIAGAAN SEMPENA RAMADHAN dari pukul 10 pagi hingga 5.30 ptg.
Saya mohon kerjasama sahabat semua utk berkunjung antara tempoh tersebut sahaja, Puan sue dan pembantu juga perlu ruang yg secukupnya utk aktiviti sebelah ptg kami .
SILA PERKENALKAN DIRI , BUKAN KAH LEBIH ELOK BEGITU..
Saya minta semua yg menghubungi saya tak kira melalui whatsapp, sms atau panggilan, sila perkenalkan diri .
Ianya akan membantu saya utk rasa lebih dkt dan lebih mengenali anda semua. Jika selepas dua call tak berjawab, itu bermakna saya dlm kondisi tak berpeluang utk menjawab panggilan anda , sila sms atau tinggalkan pesanan di whatsApp. Saya akan reply sebaik sahaja berkesempatan nanti. Mungkin pd masa tersebut saya sedang solat, cuci / blow rambut customer, atau apa sahaja servis yg tak memungkin kan saya menjawab panggilan.
WAKTU TENGAHARI MUNGKIN PUAN SUE TIADA DI SALON.
Seperti juga ibu ibu yg lain saya perlu bergegas utk menjemput anak anak pulang dari sekolah.. Jika sebelum ni, setiap waktu tengahari saya masih menggunting rambut pelanggan, kini saya menyambung semula tugasan Pilot utk anak anak. Keselamatan anak anak amat saya utamakan..insyaAllah.
Selamat Berpuasa,
Jaga lisan, Jaga hati, Jaga segalanya,
Salam Kasih Sayang dari...
Puan Sue.
No comments:
Post a Comment