Wednesday, November 2, 2016

Untuk memudahkan semua pelanggan SBS ,,ini adalah senarai harga baru mulai Oct 2016

Waktu Perniagaan 10.30 hingga 6 ptg

Isnin ~ Sabtu

Saturday, February 27, 2016

Better place...in the making

Bismillah..


Sue Beauty Saloon hari ni agak sibuk ,rasanya lebih meriah dari biasa. Terima kasih semua pelanggan yg sudi selitkan agenda berkunjung ke SBS ke dalam aturcara anda hari ni.

Dan Puan Sue mohon maaf kerana ada sikit terkurang di sana sini. 
in sha Allah by next week akan mula di upgrade agar anda semua lebih selesa . 

Sabar ya...

Q.....Kenapa saiz font kali ni terlebih besar dari biasa..?
A.....Faktor usia Puan sue kut. he he he..

Saturday, February 20, 2016

Pernah dengar "individu sukar " ?

Bismillah.


Alhamdulillah hari sabtu mmg hari yg sgt sibuk di SBS.  Dalam kesibukan hari ni saya  diuji dgn kunjungan beberapa " invidu sukar " di salon. Bukan niat mengaib kan sesiapa.Tp realiti yg ada depan mata. Sesekali  ditegur, tandanya ada yg peduli.

Saya kongsikan sedikit panduan . Boleh diguna pakai di semua salon yg anda kunjungi ,,khasnya  SBS.


Nasihat dari saya,,agar kita semua akn berterusan saling memahami..


* SBS adalah salon muslimah utk wanita sahaja. Maka jangan lah ada yg datang meminta ,memujuk
 supaya kami terima pelanggan lelaki. Dgn alasan ibu nya ada bersama. hormati pendirian kami, dan    kami akan hormati anda. Muamalah saya di SBS adalah fardhu kifayah utk mempermudahkan pelanggan wanita semua. Dan saya ulangi ,, tiada pelanggan lelaki di sini.

*Servis gunting rambut sgt memerlukan konsentrasi dan kreativiti Si Tukang Gunting. Bantu saya dgn  menjaga anak masing masing.   Awasi gerak geri anak anak anda setiap kali berkunjung ke SBS. Ada pelanggan yg tak senang hati   bila Puan sue menegur ank anak anda  agar tidak terlalu explore di dalam salon dan mengusik peralatan kerja . Harap sedia maklum bahawa gunting yg kami gunakan sgt tajam .


* Jaga perilaku jaga akhlak. Jika anda datang utk mendapatkan servis di SBS spt gunting, facial dan apa jua, anda akan diterima sbg pelanggan. kami sgt tidak senang dgn individu yg masuk sbg pelanggan tapi membawa berbagai  bahan jualan dan mula 'sizzling' sebaik sahaja selesa di ruang salon.

*Sentiasa  bersedia utk first impression org terhadap kita. Sesiapa pun jua anda di luar sana, bila melangkah ke dlm SBS seelok nya pangkat dan darjat ditinggalkan diluar pintu. Layanan kami tetap sama , malah kami lebih menghormati andai pelanggan bijak behave .

* Belajar bersabar dan hargai juga masa org lain. Tiada org yang suka menunggu ,,


* Bersopan la ya semasa membuat panggilan kpd Puan sue,,  andai di dlm talian juga anda sudah
    banyak macam,, kami  akan kategorikan anda sbg Individu Sukar (IS) . Dari pengalaman lalu IS
  akan byk mengganggu kelancaran servis dan urusniaga.

Teruskan menyokong Salon muslimah Sue Beauty Saloon.

Ok,,babai   .Semuga Allah sentiasa merahmati kita semua.


**Panduan di atas blh dipraktikkan di mana mana salon .

Saturday, January 9, 2016

2016 dan saya

Bismillah walhamdulillah  SBS masih aktif beroperasi regardless of staff yg datang dan pergi bersilih ganti. Semuga tahun baru 2016 akan menyaksikan  lebih ramai staff yg setia dan lebih bersemangat utk bersama Puan Sue. Perniagaan  ni Fardhu Kifayah bagi saya,,
Rabbi Yassir wala Tu`assir Ya Kareem.


Friday, July 31, 2015

Labbaikallahumma Labbaik.. Giliran kami berdua insyaAllah

Bismillah..

Entri yg terkini selepas lbh kurang 6 bln. mmg saya sangat disibukkan.


BERITA BAIK 

Alhamdulillah saya dan suami bakal menjadi tetamu Allah di Tanah Suci utk ibadah haji tahun ni. Kami terima surat tawaran dari pihak Lembaga Tabung Haji pd penghujung tahun 2014. Dan mulai Feb 2015 kami mula mengikuti kursus haji bersiri masjid berdekatan.  Kursus intensif Haji sebelum Ramadhan baru ni dan semakin banyak ilmu dan pencerahan ,, insyaAllah kami semakin bersedia walau pun debaran kian bertambah. Hari ni saya dan suami akan menghadiri Kursus Perdana di Masjid Besar Shah Alam, insyaAllah. Pergi Sabtu,,Ahad pulang nya.

SUE BEAUTY SALOON AKAN BERCUTI 

Saya nak maklumkan kpd semua pelanggan SBS , salon akan bercuti sementara dari 8hb Ogos 2015 hingga minggu pertama bln October 2015 nanti. Tarikh Kami bakal berangkat adalah pd 16 hb Ogos dan insyaAllah pulang semula nanti 30 Sept 2015. Sengaja saya bercuti seminggu lebih awal utk uruskan bbrp perkara sebelum berangkat dan sebolehnya merehatkan minda dan bersedia utk urusan di sana.




MOHON MAAF DAN DOAKAN SAYA DAN SUAMI

Di kesempatan ini saya mohon kemaafan dari semua pelanggan Sue Beauty Saloon samada yg pernah berurusan di salon atau secara on-line andai ada sebarang kesilapan atau menyinggung perasaan anda semua. puan Sue juga insan biasa.
Dan saya juga dgn ikhlas hati memaafkan semua kesilapan pelanggan saya . Percaya lah,,Hidup kita akn lebih tenang jika sentiasa menerima kekurangan org lain dan bersedia memaaf kan.

Sebarang kesulitan di pihak pelanggan SBS amat lah saya kesali,, InsyaAllah kita akan bertemu kembali  selepas saya kembali nanti . Semuga Allah permudah kan semua urusan kami dan juga urusan anda semua.

Wassalam.

Dgn Penuh Tulus Ikhlas..Salam Kasih Sayang Dari,,,


Puan Sue.

Thursday, February 12, 2015

Lega kan kekusutan , InsyaAllah



Assalamualaikum,,,

Percayalah bila berkunjung ke salon kecantikan samada utk rawatan rambut atau rawatan muka (facial)  kita akan merasa relax dan seperti sesuatu yg kusut seakan terlerai,,,

Dan  melangkah keluar juga dgn senyuman.

Tak percaya ?  Sila berkunjung ke salon kami  ,,,

Wednesday, February 11, 2015

Salon utk Wanita Sahaja , Batu Caves, Gombak.




Assalamualaikum,,,mulai awal Feb kami telah menambah seorang lg staff merangkap Hair Stylist. InsyaAllah operasi akan lebih cepat dan servis kami juga lebih memuaskan hati semua.

Wahai semua wanita,,terutama yg bertudung,, kemudahan salon Muslimah dah kami sedia kan. Tak perlu lagi berkunjung ke unisex salon.
Ini usaha Fardhu Kifayah Puan Sue, semuga Allah permudahkan transaksi muamalat kami,,
Saya, Ana dan Zai sgt berbesar hati utk menerima kunjungan anda semua.

*Gunting rambut
*Cuci & Blow
*Inai
*Rwtn Stim Rambut
*Scalp Treatment/Cool Spa

*Facial Normal & Treatment
*Rwtn Urut & Masker mata
*Rwtn Resdung Tanpa Asap
* Scrub Bdn
*Rendam kaki
*Urut Badan Tradisional
*Sauna Far Infra Red

Sudi sudi kan,,

Salam penuh kasih sayang,,

Sue Beauty Saloon.

No 579-G, Jln Samudera Utara 2,
Tmn Samudera, 68100 Batu Caves
Selangor.

10.30 pg - 6.30 ptg
 — at Sue Beauty Saloon, Tmn Samudera, Batu Caves.