Bismillah..Semuga semua pelanggan dan bakal bakal pelanggan semua sentiasa disayangi Allah
Lama saya tak jenguk ke blog SBS. Alhamdulillah dari sehari ke sehari semakin sibuk dgn tugasan rasmi dan tak rasmi , apa pun pelanggan tetap akan saya utamakan, insyaAllah.
Semakin ramai yang menalipon dan tak kurang juga yg ber WhatsApp terus kpd saya sebaik selesai berkunjung ke blog ni, terima kasih yg tak terhingga saya ucapkan. Dan TAHNIAH dari Puan Sue utk semua kerana berusaha mencari salon yg saya khaskan utk wanita sahaja, tanpa kehadiran lelaki waima yg menunggu juga tidak dibenarkan masuk.
Cuma saya ada sikit permintaan utk anda .. Boleh kannn..
# Sila perkenalkan diri dulu bila menalipon / ber whatsApp .
Mudah bg saya utk save nama dan no anda semua , dan lg bkn kah akan terasa lebih akrab bila saya mengenali nama bakal pelanggan .
Ada beberapa kisah sebelum ni bila saya dihubungi dan pemanggil seakan sudah mengenali saya lebih dkt, mungkin kerana dia sudah berkunjung ke blog ,, cakap nya juga sgt peramah dan tak henti2 bertanya kan itu dan ini ,,,sehingga tak sempat saya mencelah bertanya kan nama sang pemanggil. hu hu hu...
# Jika panggilan di awal pagi tak berjawab, maaf kan saya.
Selain bermuamalat di salon , Puan Sue juga adalah Pengurus Rumahtangga ( sedap bunyi nye kannn)
Maka spt semua pengurus2 lain, seawal pagi tugasan kami adalah lebih tertumpu kpd rumahtangga , so jika panggilan anda atau whatsApp tak di reply segera, maaf kan saya. Mungkin saya sedang menyiapkan tugasan lain yg tak mengizinkan saya ber whatsApp pd masa itu. Tapi jika mulai 10.30 pagi , insyaAllah saya usahakan utk segera reply message yg dihantar.
# Fesyen rambut dari sumber internet
Ada juga sebahagian pelanggan baru datang , bawa bersama gambar fesyen rambut yg diinginkan , bersumber image dari internet. Kebanyakan nya memang cantik, tapi perlu diambil kira jenis rambut kita . Selalu nya rambut sebenar di kepala pelanggan tak sama dgn jenis rambut pd kepala model yg memperaga kan fesyen.. Bila rambut sendiri jenis beralun/ kerinting,, tentu takkan jadi sama hasil nya spt rambut lurus kan..
#Waktu Perniagaan
10.30 pagi hingga 7 malam. ( Isnin ~ Sabtu)
Ahad off day. (Saya reserve kan bagi pelanggan yg tidak sempat dtg kerana jadual kerja yg padat sepanjang minggu,,) Cuma saya pinta, sila tepati masa . Jika mampu tiba lebih awal adalah lebih baik..Membiarkan saya tertunggu tunggu adalah satu pembaziran masa.
#
No comments:
Post a Comment