Monday, September 1, 2014

Masih beroperasi..

Assalamualaikum,

Saya amat jarang update blog salon ni.. sehingga la beberapa pelanggan baru menalipon dan bertanya samada salon masih beroperasi atau tidak. Hairan juga saya, rupanya bila mereka search dan bertanya kan PakCik Google, akan keluar link blog yg di  share oleh pelanggan lain di blog mereka.

Tentu la tarikh yg dishare tu sudah lama berlalu,, mungkin ini la yg buatkan customer baru terfikir jika SBS sudah tak aktif lagi

MASIH RANCAK.

Sebenar nya SBS masih dan semakin rancak memenuhi berbagai keperluan pelanggan, dari gunting rambunt, cuci dan blow, steam treatment, Facial, Rwtn Resdung , Urut Badan Tradisional, dan macam macam lagi.

PEMBANTU BARU

Alhamdulillah, kami di SBS sudah ada seorang pembantu salon , Puan Ana. Seorang yg berpengalaman bertugas di Spa sebelum ni.  Utk semua sudi berkunjung ke SBS, anda semua blh mengenali Puan Anna lebih dkt lagi bila dptkan servis cuci dan blow rambut, steam treatment, inai , facial atau apa sahaja kecuali gunting rambut. ( utk gunting setakat ni mmg saya seorang yg akan bertugas )

Sudi sudikan berkunjung, kami juga menjual berbagai keperluan pelanggan terutama wanita.


No comments:

Post a Comment