Friday, July 31, 2015

Labbaikallahumma Labbaik.. Giliran kami berdua insyaAllah

Bismillah..

Entri yg terkini selepas lbh kurang 6 bln. mmg saya sangat disibukkan.


BERITA BAIK 

Alhamdulillah saya dan suami bakal menjadi tetamu Allah di Tanah Suci utk ibadah haji tahun ni. Kami terima surat tawaran dari pihak Lembaga Tabung Haji pd penghujung tahun 2014. Dan mulai Feb 2015 kami mula mengikuti kursus haji bersiri masjid berdekatan.  Kursus intensif Haji sebelum Ramadhan baru ni dan semakin banyak ilmu dan pencerahan ,, insyaAllah kami semakin bersedia walau pun debaran kian bertambah. Hari ni saya dan suami akan menghadiri Kursus Perdana di Masjid Besar Shah Alam, insyaAllah. Pergi Sabtu,,Ahad pulang nya.

SUE BEAUTY SALOON AKAN BERCUTI 

Saya nak maklumkan kpd semua pelanggan SBS , salon akan bercuti sementara dari 8hb Ogos 2015 hingga minggu pertama bln October 2015 nanti. Tarikh Kami bakal berangkat adalah pd 16 hb Ogos dan insyaAllah pulang semula nanti 30 Sept 2015. Sengaja saya bercuti seminggu lebih awal utk uruskan bbrp perkara sebelum berangkat dan sebolehnya merehatkan minda dan bersedia utk urusan di sana.




MOHON MAAF DAN DOAKAN SAYA DAN SUAMI

Di kesempatan ini saya mohon kemaafan dari semua pelanggan Sue Beauty Saloon samada yg pernah berurusan di salon atau secara on-line andai ada sebarang kesilapan atau menyinggung perasaan anda semua. puan Sue juga insan biasa.
Dan saya juga dgn ikhlas hati memaafkan semua kesilapan pelanggan saya . Percaya lah,,Hidup kita akn lebih tenang jika sentiasa menerima kekurangan org lain dan bersedia memaaf kan.

Sebarang kesulitan di pihak pelanggan SBS amat lah saya kesali,, InsyaAllah kita akan bertemu kembali  selepas saya kembali nanti . Semuga Allah permudah kan semua urusan kami dan juga urusan anda semua.

Wassalam.

Dgn Penuh Tulus Ikhlas..Salam Kasih Sayang Dari,,,


Puan Sue.

No comments:

Post a Comment