Saturday, February 20, 2016

Pernah dengar "individu sukar " ?

Bismillah.


Alhamdulillah hari sabtu mmg hari yg sgt sibuk di SBS.  Dalam kesibukan hari ni saya  diuji dgn kunjungan beberapa " invidu sukar " di salon. Bukan niat mengaib kan sesiapa.Tp realiti yg ada depan mata. Sesekali  ditegur, tandanya ada yg peduli.

Saya kongsikan sedikit panduan . Boleh diguna pakai di semua salon yg anda kunjungi ,,khasnya  SBS.


Nasihat dari saya,,agar kita semua akn berterusan saling memahami..


* SBS adalah salon muslimah utk wanita sahaja. Maka jangan lah ada yg datang meminta ,memujuk
 supaya kami terima pelanggan lelaki. Dgn alasan ibu nya ada bersama. hormati pendirian kami, dan    kami akan hormati anda. Muamalah saya di SBS adalah fardhu kifayah utk mempermudahkan pelanggan wanita semua. Dan saya ulangi ,, tiada pelanggan lelaki di sini.

*Servis gunting rambut sgt memerlukan konsentrasi dan kreativiti Si Tukang Gunting. Bantu saya dgn  menjaga anak masing masing.   Awasi gerak geri anak anak anda setiap kali berkunjung ke SBS. Ada pelanggan yg tak senang hati   bila Puan sue menegur ank anak anda  agar tidak terlalu explore di dalam salon dan mengusik peralatan kerja . Harap sedia maklum bahawa gunting yg kami gunakan sgt tajam .


* Jaga perilaku jaga akhlak. Jika anda datang utk mendapatkan servis di SBS spt gunting, facial dan apa jua, anda akan diterima sbg pelanggan. kami sgt tidak senang dgn individu yg masuk sbg pelanggan tapi membawa berbagai  bahan jualan dan mula 'sizzling' sebaik sahaja selesa di ruang salon.

*Sentiasa  bersedia utk first impression org terhadap kita. Sesiapa pun jua anda di luar sana, bila melangkah ke dlm SBS seelok nya pangkat dan darjat ditinggalkan diluar pintu. Layanan kami tetap sama , malah kami lebih menghormati andai pelanggan bijak behave .

* Belajar bersabar dan hargai juga masa org lain. Tiada org yang suka menunggu ,,


* Bersopan la ya semasa membuat panggilan kpd Puan sue,,  andai di dlm talian juga anda sudah
    banyak macam,, kami  akan kategorikan anda sbg Individu Sukar (IS) . Dari pengalaman lalu IS
  akan byk mengganggu kelancaran servis dan urusniaga.

Teruskan menyokong Salon muslimah Sue Beauty Saloon.

Ok,,babai   .Semuga Allah sentiasa merahmati kita semua.


**Panduan di atas blh dipraktikkan di mana mana salon .

No comments:

Post a Comment